Friday, March 27, 2009

Its been a while...


Aku duduk keseorangan di bilik kecil yang telah aku diami selama 2 tahun. Di bilik ini lah aku mengejar cita-citaku dan menelaah pelajaran bertemankan nota dan buku pelajaran. Di bilik inilah aku mengharungi segala rintangan di kota metropolitan ini. Bilik ini juga yang menjadi saksi tangisan dan hilaian tawaku pada waktu malam di mana teman serumahku yang lain sedang diulit mimpi indah.

Aku ibaratkan hidup ini sebagai roda. Roda kepunyaan Tuhan yang maha kuasa dan aku tahu hidup ini penuh dengan rintangan dan onak duri. Aku tahu aku perlu harungi semua ini untuk berjaya dengan panduan-Nya. Aku tidak akan pernah mengeluh apabila aku terpaksa lalui halangan yang perit seperti yang ditentukan oleh-Nya. Aku akan tetap melemparkan senyuman kepada makhluk-makhluk Tuhan yang lain kerana bagiku, perasaan yang kotor harus disimpan sekemas-kemasnya di dalam hati. Jangan pernah menunjukkan perasaan yang dicetuskan oleh Iblis dan jangan pernah mengerutkan dahi apabila ditimpa musibah. Pengalaman adalah guru kehidupan.

Aku akan terus melangkah, berlari menentang arus dengan perasaan yang paling didambakan oleh makhluk tuhan yang lain.

-feequa-

4 comments:

Jay Ismail said...

i missed university life...no worries...study..have fun...stress exam...those were the days..

now risau pasal gaji.economy..politic...sosial...income tax...sigh....


best jadi student balik..but i guess dlm hidup we will always remain a student...as we never stop learning...

Feequa said...

yes agree with you.:) neways, lama da x tulis in bm. Mcm funny plak.

I just realised u pun scorpio as well..high5.heh.

Lady Writer said...

AAAAH!!! Completely and totally denied reading access! Thank goodness there are two more posts available!

What does "Aku" mean? (it's my best friends name...So...kinda curious)

LW
xoxo

Feequa said...

hahaha.

Hey babe. 'Aku' means 'I'. :D

Just thought of writing in bahasa cos i used to be so into it back in high school. :)

Hugs.